Gambar 1 : Teknikal Analisa di Gold Timeframe H4
Gold mula menguji resistance daily di aras penting 1330. Kehadiran seller masih belum dilihat kuat tetapi jangkaan menarik minat seller yang boleh berlaku. Institution Interest Level juga menunjukkan aras potensi di aras 1330 untuk potensi kemasukan Institution.
Volume juga menunjukkan keadaan yang rendah menunjukkan secara jelas tiada minat untuk membuat transaksi di aras ini. Jika pengujian GOLD ini gagal, harga boleh melonjak naik sehingga aras 1336.
Gambar 2 di bawah menunjukkan liquidity yang wujud di aras ini. Terdapat sekitar 100-110 Lot seller menahan di aras ini. Jika aras ini gagal untu bertahan,potensi harga untuk naik akan berlaku.Namun, pemerhatian sehingga jam 3PM, masih tiada buyer mencuba untuk memecahkan liquidity ini.
Gambar 2: Liquidity gold di aras harga resistance 1330
Kesimpulan Analisa
GOLD masih dalam phase percubaan untuk menguji aras resistance. Ketidakseimbangan buyer dan seller di aras ini boleh berlaku. Pemerhatian di pasaran gold perlu diperhatikan di aras 1330 unutk melihat aktiviti pasaran dengan lebih jelas.
Daftar Kelas DOM Percuma di https://dom.realtradercommunity.com/


