GBPUSD: Seller Mula Tertekan Dengan Kehadiran Aggressive Buyer – Sesi Penutup 19 Feb 2019

GBPUSD menyaksikan kenaikan hampir 160 Pips selepas data News dikeluarkan pada jam 9.30PM.

Kehadiran seller yang cukup besar telah menahan pasaran di Sesi Asia. Namun, semua seller ini mula di fill dengan sangat pantas dan aggressive semasa di Sesi London. Ini menunjukkan percubaan buyer untuk memecahkan seller telah berjaya.

Gambar 1 di bawah menunjukkan pergerakan orderflow dari jam 3.00PM hingga 2.00AM

Gambar 1: Pergerakan orderflow di GBPUSD

Berdasarkan gambar 1, dapat dilihat pergerakan naik berlaku dengan sangat aggressive. Terdapat dua bahagian chart orderflow yang akan dianalisa iaitu pada jam 3.00PM hingga 9.00PM dan Analisa 2 iaitu dari jam 12AM hingga 2.00AM

Analisa 1 (3.00PM – 9.00PM)

Berdasarkan gambar dia atas, terdapat kehadiran seller 898 Lot menahan pasaran. Pada jam sekitar 4.00PM , order ini diuji dan menybabkan harga turun. Kemudian, pada percubaan kedua pada jam 7.00PM turut gagal dan menyebabkan harga turun semula. Namun pada 8.00PM, order ini mula di pecahkan sehingga naik ke aras 1.2976.

Analisa 2 (12.00AM-2.00AM)

  • Point(1) : Pasaran mula menembusi semua order seller yang bertahan seperti ditunjukkan di Analisa 1.
  • Point (2) : Pasaran melakukan accumulation dan meneruskan kenaikan sehingga 1.3100.
  • Point (3) : Seller mula memasuki pasaran di penghujung market aktif

Kesimpulan Analisa

GBPUSD melakukan kenaikan selepas kehadiran seller mula di fill dengan aggressive. Apabila liquidity seller mula dipecahkan, ini petanda awal bahawa akan berlaku kenaikan yang aggresive. Namun, ianya adalah perlahan serta konsisten dengan kemasukan orderflow. Peluang trade wujud selepas seller mula memasuki pasaran jam 2.00AM dan 3.00AM.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »