FOMC : Penurunan EURUSD Mula Menguji Aras Low Volume – Sesi Penutup 7 March 2019

FOMC jam 9.30pm menyaksikan kejatuhan EURUSD hampir 120 pips selepas kenyataan Draghi mengenai Interest rate.

“We now expect the key interest rates to remain at their present levels at least through the end of 2019” – Draghi-

Gambar 1 di bawah menunjukkan analisa orderflow dan reaksi pasaran selepas kenyataan Draghi.

Gambar 1: Pergerakan orderflow EURUSD

Berdasarkan pemerhatian di gambar 1, beberapa perkara dapat diperhatikan iaitu:

  • Point (1) : Kehadiran Seller mula kelihatan di Sesi London sekitar 200-250 Lot. Ini menyebabkan harga mula turun selepas menembusi harga aras support.
  • Point (2) : News FOMC dikeluarkan pada jam 9.30pm dan dapat dilihat reaksi pasaran adalah perlahan tetapi konsisten.
  • Point (3) : Reaksi pasaran mula jelas selepas kemasukan aggressive seller yang masuk ke membuat posisi ke dalam pasaran. Volume mula meningkat menandakan kehadiran aktiviti pemain pasaran yang aktif.
  • Point (4) : Penurunan mula perlahan di penghujung penutup market apabila kehadiran buyer sekitar 200-250 lot mula menahan aras 1.1170

Selain dari analisa berdasarkan Gambar 1, terdapat juga pemerhatian lain di mana wujudnya aras low liquidity di mana ketiadaan pemain pasaran dalam meletakkan volume dan liquidity mereka. Gambar 2 di bawah menunjukkan aras low liquidity yang penting untuk di analisa. Aras harga ini menandakan bahawa ketiadaan minat untuk membuat transaksi dari buyer dan seller. Ia juga petanda penolakan atau rejection di aras ini

Gambar 2: Aras low liquidity di EURUSD

Kesimpulan Analisa

Pergerakan EURUSD adalah perlahan tetapi konsisten dari sudut volume transaksi. Pergerakan turun ini mula terhenti selepas menguji aras low lqiuditiy di mana ketiadaan volume dan pemain pasaran di aras 1.11300/1.1100. Ini juga petanda akan berlaku kenaikan jika aras ini terus kekal sebagai low liqudity. Menjelang NFP malam 8 March, trader dinasihatikan supaya membuat posisi buy selagi kawasan ini bertahan dan ketiadaan seller dalam menekan harga.

 

Berminat belajar DOM? Daftar Kelas Intensive Percuma Depth Of Market. Daftar segera di https://dom.realtradercommunity.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »