GBPUSD: Liquidity Rendah & Ketidakpastian Isu Brexit

Ketidakpastian Isu Brexit telah menyebabkan pasaran dalam kedaaan Low Liquidity. Kuantiti Volume kini di aras rendah di mana pemain pasaran telah keluar dari pasaran kerana ketidakpastian kepada Isu Brexit.

Gambar 1 di bawah menunjukkan chart orderflow di mana dapat dilihat volume orderbook hanya sekitar 30-50 Lot sahaja. Ini menandakan ketidahadiran pemain pasaran dalam membuat market.

Gambar 1: Liquidity dan Volume di pasaran GBPUSD

Berdasarkan gambar 1 , dapat diperhatikan beberapa perkara iaitu:

  1. Keadaaan Low Liquidity di mana volume di orderbook adalah rendah. Ini menandakan bahawa pasaran dalam mood berhati-hati.
  2. Keadaan Low Liquidity akan memberikan volatility yang tinggi kepada pasaran dan kesan kepada harga adalah besar.
  3. Transaksi pasaran juga rendah di mana transaksi tertinggi adalah di aras 1.3152 iaitu 966 Lot sahaja.

Kesimpulan Analisa

Pasaran kini dalam keadaan Low Liquidity di mana petanda majoriti pemain pasaran masih berada dalam mood berjaga- jaga dan masih menunggu informasi yang lebih jelas sebelum membuat reaksi pasaran. Trader dinasihatkan supaya menunggu liquidity kembali stabil sebelum memulakan apa-apa posisi.

Berminat belajar DOM? Daftar Kelas Intensive Percuma Depth Of Market. Daftar segera di https://dom.realtradercommunity.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »