Crude Oil melakukan kenaikan hampir 1 bulan menguji aras 61$. Gambar 1 menunjukkan aras teknikal berdasarkan Institution Interest Level.
Gambar 1: Teknikal Level di pasaran Crude WTI
Berdasarkan gambar 1 di atas, beberapa aras teknikal dapat diperhatikan iaitu:
- Aras 61.50/80 merupakan aras Instituion Level di mana potensi kehadiran seller
- Kenaikan bermula di aras 58$ yang merupakan Support Daily.
Gambar 2 di bawah menunjukkan Orderflow Chart menggunakan Bookmap Software.
Gambar 2: Orderflow yang direkodkan bagi sesi 1 April 2019
Gambar 2 menunjukkan pergerakan orderflow yang direkodkan. Beberapa pemerhatian dapat diperhatikan iaitu:
- Point (1) : Kenaikan bermula jam 9.24PM selepas kehadiran buyer 100-150 Lot menahan aras 60.50$. Ini menyebabkan kenaikan berlaku sehingga 61.30$.
- Point (2) : Kenaikan mula terhenti apabila kehadiran seller mula kelihatan di aras 61.40 iaitu sekitar 200 ke 500 Lot dimana kehadiran 480 Lot dikesan di aras 61.50.
- Point (3) : Dapat dilihat liquidity di aras 61.60 hingga 62 adalah rendah. Ini menunjukkan liquidity buyer mula lemah dan ketiadaan liquidity di aras ini menyebabkan kenaikan terhenti.
- Selain dari itu, kehadiran seller di aras 61.50 adalah disebabkan oleh reaksi pasaran terhadap institution level yang ditunjukkan di di Gambar 1.
Kesimpulan Analisa
Crude menguji aras penting Institution Level yang telah menarik minat seller sekitat 480 Lot. Aras 61.50 merupakan aras penting kepada penurunan harga. Jika tiada kuantiti volume yang dapat memecahkan aras ini, potensi market untuk turun boleh berlaku. Namun jika aras ini gagal bertahan, jangkaan pasaran untuk menguji aras tinggi sekitar 62 dan 62.50 boleh berlaku.
Berminat belajar DOM?
Daftar Kelas Intensive Percuma Depth Of Market.
Daftar segera di https://dom.realtradercommunity.com/


