Gold menyaksikan penurunan sebelum FOMC Statement di mana Fed telah memotong interest rates untuk mengekalkan perkembangan ekonomi.
Gambar 1 di bawah menunjukkan pergerakan GOLD pada Sesi 18 September 2019 dari jam 2PM.
Gambar 1 : Orderflow Gold dari jam 2PM yang direkodkan
Beberapa pemerhatian dapat diperhatikan iaitu:
- Point 1: Terdapat kehadiran liquidity seller sekitar 200-250 Lot menahan aras 1520$ – 1515$. Juga terdapat penyerapan order oleh seller dan menyebabkan harga gagal untuk dipecahkan
- Point 2: Buyer mula keluar dari pasaran selepas selesai menahan harga aras 1504$.
- Point 3: Menjelang FOMC, terdapat kehadiran buyer aras1490$ sekitar 400 Lot. Ini menyebabkan harga mula perlahan dan melakukan kenaikan.
Kesimpulan Analisa
Aras 1520$ dilihat gagal menarik minat buyer untuk membuat posisi pasaran selepas berlaku penyerapan order. Pengujian aras ini berlaku sebanyak dua kali , namun tetap gagal untuk dipecahkan dalam pasaran. Secara kesimpulan, gold boleh terus melakukan penurunan jika aras penting support 1490$ berjaya dipecahkan. Trader dinasihatkan menunggu sedikit pembetulan harga dan kemasukan seller sebelum membuat posisi.
