Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-lapan, 2020 yang lepas.

Jumaat, 21 Februari 2020:

BUY EUR CHF CAD USD GBP NZD AUD JPY SELL

Khamis, 20 Februari 2020:

BUY USD CHF EUR CAD GBP NZD JPY AUD SELL

Rabu, 19 Februari 2020:

BUY CAD USD EUR CHF NZD GBP AUD JPY SELL

Selasa, 18 Februari 2020:

BUY JPY USD GBP CAD CHF EUR AUD NZD SELL

Isnin, 17 Februari 2020:

BUY CHF CAD EUR USD JPY NZD AUD GBP SELL

 

Ulasan Mingguan

Isyarat perubahan yang diberikan pada minggu ke-tujuh, nampaknya menjadi kenyataan pada minggu lepas apabila JPY kembali lebih banyak dijual, dan USD pula lebih banyak di beli berbanding CHF. Indeks Dolar memacu naik hampir mencecah 100 mata apabila aliran “safe-haven” terus menguasai pasaran akibat kerisauan kesan virus “corona” ke atas ekonomi dunia.

Di kalangan matawang komoditi pula, CAD terus mendapat tempat di hati pelabur berbanding AUD dan NZD. Harga minyak mungkin masih merudum, tetapi dengan kadar faedah yang di tawarkan oleh Bank Pusat Kanada, CAD adalah setanding USD atas faktor itu. Bank Nova Scotia masih meletakkan nilai pasaran USD/CAD sekitar 1.3015 dan menjangkakan sebarang kenaikan akan terhad kepada 1.3325

Di pasaran Eropah, EUR kembali mendapat sokongan belian berbanding GBP selepas pelabur masih ragu-ragu bahawa Britain akan kekal kukuh pasca Brexit, lantaran laporan pendapatan dan indeks perkhidmatan UK menunjukkan penurunan, walaupun inflasi dilaporkan meningkat.

Minyak mentah kembali stabil dan kelihatan mencapai dasar pada sekitar $50 setong dan dijangka terus mendapat sokongan belian apabila spekulator kembali membeli sebanyak 14,995 kontrak dengan nilai net volume belian sebanyak $21.432 bilion.

Emas pula, terus menerima permintaan dengan pertambahan belian sebanyak $8.354 bilion; sekaligus meningkatkan net volume belian kepada $56.641 bilion. Dalam pada itu, net volume belian USD terus bertambah kepada $11.440 bilion. Walaupun itu hampir tiga kali ganda daripada minggu ke-lima 2020, ianya masih rendah berbanding lebih $35 bilion pada Mei 2019.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Euro menutup tinggi minggu lepas apabila laporan indeks perkilangan AS menuntut kepada kelemahan Dolar; sekaligus menstabilkan Euro. Pelabur dijangka memulakan aktiviti mengambil untung jualan dan ini dijangka akan terus mengapungkan Euro.

Laporan komitmen trader sehingga 18 Februari, menunjukkan net volume jualan EUR terus bertambah daripada 85,669 kepada 91,507 kontrak dengan nilai $12.344 bilion. Sehingga Jumaat lepas, UBS masih belum memasuki pasaran.

 

GBP/USD: Pound yang cuba membuat lonjakan selepas perubahan Chanselor kewangan, kembali tertekan dengan laporan pendapatan dan indeks perkhidmatan UK yang menunjukkan penurunan, walaupun inflasi dilaporkan meningkat. Namun, pelabur masih yakin yang ianya hanyalah sementara dan masih menyokong Pound.

Laporan komitmen trader sehingga 18 Februari menunjukkan net volume belian GBP terus bertambah daripada 21,084 kepada 29,258 kontrak dengan nilai $2.377 bilion. Sehingga Jumaat lepas, jualan UBS telah pun mencapai sasaran pertama dan SL telah diturunkan kepada “+120” dan belian Citibank telah menutup dengan “+35”.

 

AUD/USD: Aussie terus tertekan apabila laporan terbaru menunjukkan China terus terumbang-ambing dalam menangani isu virus “corona” dan angka kematian terus meningkat. Ketiadaan sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia pada minggu lepas juga, menyebabkan pelabur hilang keyakinan dalam membida matawang komoditi itu.

Laporan komitmen trader sehingga 18 Februari menunjukkan net volume jualan AUD kembali meningkat daripada 32,668 kepada 37,477 kontrak dengan nilai $2.506 bilion. Sehingga Jumaat lepas, belian kedua Citibank telah gagal.

 

USD/JPY: Dolar/Yen memuncak setinggi paras 112.20 pada minggu lepas apabila dealer membida tinggi Dolar untuk mengawal pasaran, selepas Bank Pusat Jepun melaporkan inflasi negatif dan bersedia untuk terus menambah program ransangan kewangan pada bila-bila masa.

Laporan komitmen trader sehingga 18 Februari menunjukkan net volume jualan JPY terus meningkat daripada 26,188 kepada 27,221 kontrak dengan nilai $3.097 bilion. Sehingga Jumaat lepas, kedua-dua jualan Citibank dan UBS telah gagal.

 

USD/CHF: Seperti yang dijangkakan, pelabur membuat “sell-on-rally” sekitar paras 0.9850 apabila kenaikan nilai Dolar menyebabkan pelabur membida CHF untuk mendapatkan kadar tukaran yang lebih baik. Pelabur diberitakan lebih gemar memegang tunai CHF berbanding tunai USD.

Laporan komitmen trader sehingga 18 Februari menunjukkan net volume belian CHF terus berkurang daripada 3,767 kepada 1,541 kontrak dengan nilai $196 juta. Dengan sentimen semasa pasaran, CHF dijangka terus mendapat permintaan dari pelabur jangka panjang.

 

USD/CAD: Dolar/CAD yang tertekan, cuba membuat lonjakan pada minggu lepas; namun masih kekal di bawah paras rintangan utama sekitar 1.3350 apabila spekulasi pelabur meletakkan penurunan kadar faedah Feds seawal April depan. Bank Nova Scotia menjangkakan satu penurunan kadar faedah dari BoC pada Mac depan, walaupun pasaran menjangkakan kadar faedah CAD akan kekal.

Laporan komitmen trader sehingga 18 Februari menunjukkan net volume belian CAD terus berkurang daripada 9,705 kepada 7,817 kontrak dengan nilai $590 juta sahaja. Sehingga Jumaat lepas, “sell limit” Citibank masih aktif dan UBS masih belum memasuki pasaran.

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »