Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-sembilan, 2020 yang lepas.
Jumaat, 28 Februari 2020:
| BUY | JPY | EUR | CHF | CAD | USD | GBP | AUD | NZD | SELL |
Khamis, 27 Februari 2020:
| BUY | EUR | CHF | JPY | AUD | NZD | USD | GBP | CAD | SELL |
Rabu, 26 Februari 2020:
| BUY | EUR | CHF | JPY | USD | CAD | NZD | GBP | AUD | SELL |
Selasa, 25 Februari 2020:
| BUY | GBP | JPY | CHF | EUR | CAD | USD | AUD | NZD | SELL |
Isnin, 24 Februari 2020:
| BUY | JPY | NZD | EUR | CHF | AUD | USD | GBP | CAD | SELL |
Ulasan Mingguan
Pelabur terus memilih aset “safe-haven” pada minggu ke-sembilan lantaran isu virus “corona” yang masih belum ada penyelesaiannya. Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat yang sebelum ini telah menemui “anti-dote”, mengatakan ianya masih dalam proses ujian makmal dan belum dapat dihasilkan secara komersil. Ini sekaligus mendorong pelabur kembali memilih JPY dan CHF dan lebih banyak menjual USD.
Matawang simpanan dunia itu juga turut menhadapi tekanan jualan, apabila keyakinan pengguna menurun selepas laporan indeks perkhidmatan dan perkilangan AS menunjukkan penguncupan. Di kalangan matawang komoditi, NZD lebih banyak mendapat sokongan belian berbanding AUD dan CAD. Pelabur jangka panjang masih memilih CAD yang menawarkan pulamgan lebih baik, sebelum Bank Pusat Kanada menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas semalam.
Di pasaran Eropah, EUR terus mendapat sokongan belian berbanding GBP selepas pelabur masih ragu-ragu bahawa Britain akan kekal kukuh pasca Brexit; apabila laporan pendapatan dan indeks perkhidmatan UK sebelum itu menunjukkan penurunan. Ketiadaan laporan berimpak tinggi dari UK juga menyebabkan pelabur kehilangan arah.
Minyak mentah terus merudum di bawah $50 setong, mencecah paras terendah dalam 13 bulan sekitar $44 setong; apabila pasaran menjangkakan kesan virus “corona” akan menyebabkan kelemahan aktiviti ekonomi dunia. Namun begitu, spekulator terus menambah belian sebanyak 19,702 kontrak dengan nilai net volume belian sebanyak $21.530 bilion.
Emas pula, mengalami aktiviti pengmabilan untung dengan jualan sebanyak $1.722 bilion; sekaligus mengurangkan net volume belian kepada $54.919 bilion. Dalam pada itu, net volume belian USD terus bertambah kepada $18.237 bilion. Walaupun itu hampir empat kali ganda daripada minggu ke-lima 2020, ianya masih rendah berbanding lebih $35 bilion pada Mei 2019.
Ulasan Matawang Utama
EUR/USD: Euro meneruskan pacuan pada minggu lepas, apabila pelabur meneruskan aktiviti mengambil untung jualan dan kelemahan Dolar turut membantu mengapungkan matawang blok ekonomi Eropah itu.
Laporan komitmen trader sehingga 25 Februari, menunjukkan net volume jualan EUR terus bertambah daripada 91,507 kepada 114,021 kontrak dengan nilai $15.510 bilion. Sehingga Jumaat lepas, UBS masih belum memasuki pasaran.
GBP/USD: Pound yang tertekan pada minggu ke-lapan terus merudum pada minggu lepas apabila ketiadaan laporan berimpak tinggi dari UK menyebabkan pembida Pound kehilangan arah; terutamanya selepas laporan pendapatan dan indeks perkhidmatan UK menunjukkan penurunan. Namun, kelemahan Dolar membantu mengapungkan matawang Queen itu pada Selasa kelmarin.
Laporan komitmen trader sehingga 25 Februari menunjukkan net volume belian GBP terus bertambah daripada 29,258 kepada 29,598 kontrak dengan nilai $2.406 bilion. Sehingga Jumaat lepas, SL jualan UBS telah diturunkan kepada “+230” dan Citibank masih belum memasuki pasaran.
AUD/USD: Aussie terus tertekan apabila laporan terbaru menunjukkan kes virus “corona” terus meningkat di seluruh dunia dan terdapat bukti rebakan walaupun tiada sebarang hubung-kait dengan China. Namun begitu, pelabur dilihat mula mengambil untung jualan dan ini membantu mengapungkan matawang komoditi itu.
Laporan komitmen trader sehingga 25 Februari menunjukkan net volume jualan AUD terus meningkat daripada 37,477 kepada 43,852 kontrak dengan nilai $2.896 bilion. Sehingga Jumaat lepas, Citibank masih belum memasuki pasaran.
USD/JPY: Seperti yang dijangkakan, Dolar/Yen yang memuncak setinggi paras 112.20 pada minggu ke-lapan hanyalah helah dealer untuk mengawal pasaran. Pasangan matawang itu kembali merudum sepanjang minggu lepas, setelah dealer melakukan aktiviti “wash and rinse”.
Laporan komitmen trader sehingga 25 Februari menunjukkan net volume jualan JPY terus meningkat daripada 27,221 kepada 56,389 kontrak dengan nilai $6.396 bilion. Sehingga Jumaat lepas, kedua-dua Citibank dan UBS masih belum memasuki pasaran.
USD/CHF: Kadar tukaran Dolar/Swiss merudum sepanjang minggu lepas, apabila pelabur AS diberitakan mula menukarkan Dolar kepada Swiss dalam bentuk tunai, lantaran sebarang simpanan di bank Swiss dikenakan “fee” kadar faedah negatif sebanyak 0.75%. Pelabur Swiss pula dilihat mula membida Dolar untuk mendapatkan kadar pulangan yang lebih baik.
Laporan komitmen trader sehingga 25 Februari menunjukkan net volume belian CHF terus berkurang daripada 1,541 kepada 616 kontrak sahaja dengan nilai $79 juta. USD dijangka mendapat permintaan dari pelabur Swiss dalam masa terdekat, lantaran kadar pulangan dam tukaran yang lebih baik.
USD/CAD: Sentimen menunjukkan Dolar/CAD lebih banyak mendapat sokongan belian pada minggu lepas, sebelum Bank Pusat Kanada menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas, semalam; selari dengan Feds AS yang melakukan perkara yang sama. CAD dilihat masih mendapat tarikan lantaran risiko politik yang lebih stabil berbanding AS yang bakal menghadapi pilihanraya Presiden pada November ini.
Laporan komitmen trader sehingga 25 Februari menunjukkan net volume belian CAD kembali meningkat daripada 7,817 kepada 14,624 kontrak dengan nilai $1.101 bilion. Sehingga Jumaat lepas, Citibank telah memasuki semula pasaran sekitar 1.3450 selepas jualan pertamanya gagal dan UBS masih belum memasuki pasaran.
NOTA:
Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini