FirstCall Network, satu perkhidmatan maklumat kewangan dari ThomsonReuters, hari ini menyenaraikan 37 saham di Bursa Amerika Syarikat (NYSE, NASDAQ) yang mendapat tarafan “buy” dari sekurang-kurangnya lima “analysts” dan sekurang-kurangnya seorang “analyst” telah menaik taraf jangkaan pendapatan syarikat tersebut dalam masa tujuh hari yang lepas. Di sini saya hanya senaraikan empat sahaja yang saya lihat menarik untuk dibuat kajian lanjut oleh pelabur kecil:

SAHAM NISBAH P/E NISBAH P/S INSTITUSI HARGA
Ares Capital (ARCC, NASD) 3.54 32.24% $13.20
Brixmor Prop (BRX, NYSE) 11.89 2.79 100% $10.49
Cinemark Hldg (CNK, NYSE) 8.12 0.47 100% $12.79
Sciplay Corp (SCPL, NASD) 24.38 3.22 97.57% $11.42
  • Sciplay (SCPL) masih kekal dalam senarai ini. Rujuk pandangan pada 29/4 disini.

**Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan senarai penuh, bolehlah menghubungi saya atau mana-mana IB di MFM Securities.

NOTA:

Jadual di atas hanya sekadar “snapshot” antara penilaian penting yang digunakan “analysts” untuk membuat saranan belian atau jualan. Trader dinasihatkan untuk melihat analisa penuh, termasuklah teknikal dan sentimen sebelum mengambil sebarang tindakan.

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate ยป