Sebulan dua ini pasaran saham Amerika Syarikat terlalu sibuk dengan “liquidation”. Dengan indeks saham utama yang kembali atau menghampiri ke paras pra-virus korona; beberapa bank-bank besar kelihatan mencairkan pegangan belian mereka dan mengambil untung jangka panjang. Siapa yang membeli semua jualan tersebut, semua pun sudah tahu. Siapa lagi kalau bukan proxi Federal Reserve AS?

Indeks utama seperti S&P500 dilihat telah pun membuat puncak sekitar 3,250 mata pada awal bulan ini dan sehari dua ini semakin banyak order jualan yang masuk, terutamanya dari spekulator yang tiada sebarang pegangan belian pun untuk dicairkan!

Apapun, saya bukan nak bercerita fasal itu, tetapi apa yang menarik perhatian ialah terdapat pengurus-pengurus dana yang pesimis dan meletakkan lebih banyak dana dalam bentuk tunai. Pada masa yang sama, terdapat pengurus-pengurus dana yang optimis dan meletakkan lebih banyak dana ke dalam industri popular yang dijangka meletop pada masa depan. Latop! Latop! kata trader nusantara!

Berikut adalah lima tema pelaburan dan industri yang popular dikalangan pengurus-pengurus dana yang optimis:

  1. Tenaga Boleh Dibaharui
  2. Pharmaseutikal dan Jagaan Kesihatan
  3. Pertanian dan Perlombongan
  4. Revolusi 5G, AI dan Robotik
  5. Blokchain, Krypto dan Sekuriti Siber

Dengan izin Tuhan, dalam artikel-artikel saham yang akan datang saya akan kupaskan setiap industri dan kongsikan saham-saham yang menjadi pilihan para pengurus dana tersebut.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »