Minggu lepas minggu yang membosankan, minggu sebelumnya minggu ramai kerugian; dan minggu ini membuka dengan harapan apabila pasaran saham dibida semula dengan rata-rata pelabur melihat vaksin untuk virus korona akan berjaya dihasilkan pada hujung tahun ini. Namun begitu, seperti biasa, ada juga yang skeptikal dan terus berhati-hati dengan mencairkan pegangan belian jangka panjang mereka dan mengambil untung.

Laporan mingguan dari JP Morgan (JPM) menunjukkan bank besar tersebut terus membida saham-saham teknologi, komunikasi, jagaan kesihatan, konsumer, utiliti dan hartanah dengan fokus kepada nilai untuk jangka sederhana dan pertumbuhan untuk jangka panjang. Untuk jangka panjang juga, JPM terus yakin untuk memegang bon kerajaan China, Russia, Mexico dan Indonesia. Disamping itu, ia juga terus memegang bon korporat Amerika Syarikat dan Eropah dalam pelbagai industri.

Di pasaran matawang pula JPM terus menjual USD/SEK dan membeli EUR/GBP serta USD/CNH dengan beberapa pasangan matawang lain sebagai langkah lindung nilai. Tidak menghairankan apabila bank tersebut juga masih membeli emas dan indeks komoditi berteraskan pertanian, sebagai langkah lindung nilai untuk jangka panjang.

Sekiranya anda berminat untuk membaca laporan lanjut dalam bahasa Inggeris, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com

 

NOTA:

Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate ยป