Sebagai pelabur, kita perlu sentiasa peka dengan perubahan pasaran dan ekonomi dunia. Antaranya ialah perubahan iklim dan pemanasan global yang memanggil kepada perubahan dalam penggunaan tenaga. Kini pelabur melihat “sustainable energy” sebagai trend masa depan seperti juga e-payment pada suatu ketika dahulu. Lima tema dan industri utama dilihat sebagai pemangkin kepada perubahan masa depan. (Baca disini)
Selain dari Tenaga boleh dibaharui, ada juga industri yang dilihat akan terus menjadi teras masa depan, kerana ianya sesuatu yang tidak dapat tidak, perlu wujud untuk kesinambungan hidup; seperti jagaan kesihatan dan pharmaseutikal. Terdapat lebih 60 syarikat awam di pelbagai bursa serata dunia, dan hanya sekitar 40 menjadi pilihan popular para pengurus dana. Hari ini saya kongsikan 10 saham dalam industri ini untuk anda boleh buat penilaian lanjut:
- Pfizer (PFE, NYSE)
- Inovio Pharma (INO, Nasdaq)
- Moderna (MRNA, Nasdaq)
- Biotech (BNTX, Nasdaq)
- Novavax (NVAX, Nasdaq)
- Johnson & Johnson (JNJ, NYSE)
- Gilead Sciences (GILD, Nasdaq)
- Teladoc Health (TDOC, NYSE)
- Regeneron Pharma (REGN, Nasdaq)
- Abbvie (ABBV, NYSE )
Senarai di atas hanya berdasarkan agihan modal tertinggi pada hari ini sahaja. Ianya tidak termasuk nisbah pegangan institusi, nilai aset sebenar dan sebarang kriteria lain dalam pemilihan saham.
NOTA:
Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk membaca laporan penuh dalam bahasa Inggeris dan “watchlist” terkini, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com
Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.
