Tiga tema pelaburan popular sudah kita kupas dan kini sudah 30 saham dalam radar anda. Bagaimana penilaian anda terhadap saham-saham tersebut? Sekali lagi saya ingatkan pemilihan saham untuk pelaburan jangka panjang seperti persaraan, tidak sama dengan pelaburan jangka pendek seperti untuk percutian hujung tahun atau pelaburan jangka sederhana seperti pendidikan anak-anak.
Setiap pelabur mempunyai toleransi risiko, objektif dan horizon pelaburan yang berbeza; jadi anda perlu serasikan pemilihan aset dengan agihan modal dalam portfolio anda juga. Mungkin itu satu topik lain yang boleh kita kupas pada masa depan; tapi hari ini kita akan sambung dengan tema popular seterusnya iaitu revolusi 5G, AI dan robotik. Kepada anda yang mungkin baru disini, bolehlah baca tiga industri sebelum ini kemudian – tenaga boleh dibaharui, jagaan kesihatan dan pharmaseutikal, pertanian dan perlombongan.
Semestinya industri masa depan ini lebih berisiko, terutamanya bila ia melibatkan penerokaan dan penghasilan dari teknologi baru. Jadi para pelabur haruslah ingat ada kemungkinan antara syarikat awam ini yang akan menemui kegagalan, bangkrap, dan mungkin tidak dapat diselamatkan. Namun, sekiranya berjaya, ia boleh memberikan pulangan yang sangat berbaloi dengan risiko yang terkawal.
Terdapat lebih 70 syarikat awam dalam industri ini di serata dunia dan sekitar 30 adalah popular dikalangan para pengurus dana. Hari ini saya kongsikan 10 daripadanya untuk anda buat penilaian lanjut:
- Intel Corp (INTC, Nasdaq)
- Analog Devices (ADI, Nasdaq)
- Maxim Intergrated (MXIM, Nasdaq)
- Lam Research (LRCX, Nasdaq)
- Qualcomm (QCOM, Nasdaq)
- Perceptron (PRCP, Nasdaq)
- Broadcom (AVGO, Nasdaq)
- International Business Machine (IBM, NYSE)
- American Tower (AMT, NYSE)
- Crown Castle (CCI, NYSE)
Senarai di atas hanya berdasarkan agihan modal tertinggi pada hari ini sahaja. Ianya tidak termasuk nisbah pegangan institusi, nilai aset sebenar dan sebarang kriteria lain dalam pemilihan saham.
NOTA:
Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk membaca laporan penuh dalam bahasa Inggeris dan “watchlist” terkini, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com
Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.
