Antara perkara yang menarik minat ramai pelabur, termasuk pelabur institusi, ialah laporan 13F di SEC Amerika Syarikat yang memaksa semua institusi perbankan dan pelaburan membuat laporan pegangan pelaburan mereka. Walaupun sedikit lewat, 45 hari selepas suku berakhir, ianya masih bernilai kerana laporan tersebut membuka kepada pegangan-pegangan baru yang dimiliki oleh institusi-institusi besar seperti BlackRock, Vanguard Group, UBS, State Street, Fidelity dan banyak lagi nama-nama besar dalam dunia pelaburan.

Kalau anda pelik mengapa saham seperti Kodak (KODK), DataSea (DTSS), OnDeck (ONDK) dan banyak lagi saham-saham yang awalnya “penny stocks” kini melambung tinggi; ianya tidaklah menghairankan bila anda lihat nama-nama besar dibelakangnya. Vanguard, BlackRock dan UBS, sebagai contoh, telah pun membeli saham KODK ketika harganya masih $1.60-$1.90 pada awal tahun ini. Dan sudah tentunya mereka akan “cash out” bila harganya mencecah lebih $50 pada minggu lepas!

Sumber: CNN Business

Ketika ini sentimen pasaran masih optimis, dengan indeks “fear and greed” CNN terus memacu naik. Namun persoalannya, apakah sentimen ini akan berterusan sehingga pilihanraya Presiden AS pada November ini? Apa akan jadi selepas itu? Apakah indeks saham utama akan merudum? Mengapa baru kini “fractional shares” diperkenalkan di pasaran AS? Mengapa broker hanya menghadkannya kepada saham komponen S&P500 sahaja? Apakah “big players” kini sedang mencairkan pegangan belian mereka dan membeli saham-saham murah masa depan?

Banyak yang perlu diselidik untuk mendapatkan kepastian dan arah tuju pasaran seterusnya. Saya akan cuba kongsikan dengan anda hasil pemerhatian saya dalam artikel-artikel yang akan datang.

 

NOTA:

Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang cuba dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk menjadi “beta testers”, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate ยป