Hari ini diberi peluang membaca laporan pelaburan dari UBS yang mengatur strategi pelaburan dalam menghadapi kemelut politik Amerika Syarikat November ini. Pilihanraya Presiden kali ini dijangka menjadi antara yang terhangat dalam sejarah AS kerana keadaan pandemik virus korona yang memaksa pelbagai perubahan gaya hidup dan struktur ekonomi. Dengan kadar pengangguran sekitar 10%, Presiden Trump menghadapi cabaran hebat dalam meyakinkan pengundi AS bahawa beliau adalah calon terbaik untuk mereka.
Sabtu lalu, Presiden Trump menggunakan kuasa eksekutifnya untuk meluluskan pembayaran bantuan kepada penganggur sebanyak $400 seminggu, penggantungan pembayaran balik pinjaman pelajaran sepanjang 2020, percutian cukai pendapatan sepanjang 2020 dan melindungi penyewa daripada diusir tuan rumah. Langkah ini dilihat sebagai cubaan mendapatkan sokongan golongan pekerja. Apapun, Republikan dan Demokrat masing-masing berusaha untuk memenangi hati pengundi.
Dalam laporan pelaburannya UBS menyebut, kedua-dua parti politik akan meneruskan agenda komunikasi 5G selepas berjaya menguasai Rumah Putih November ini. UBS melihat 5G sebagai salah satu peluang pelaburan yang berpotensi tidak kira sama ada Republikan mahu pun Demokrat yang memenangi pilihanraya; memandangkan semua infrastruktur telah pun berada pada dasarnya. Untuk senarai saham-saham berpotensi, anda boleh baca lebih lanjut disini.
NOTA:
Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang cuba dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk membaca laporan penuh dalam bahasa Inggeris dan “watchlist” terkini, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com
Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.
