Diam tak diam dah masuk lapan minggu kita berbicara perihal saham-saham dalam industri yang dijangka bakal menerajui masa depan. Lima tema pelaburan masa depan ini menjadi pilihan para pengurus dana kerana ianya dilihat berpotensi dan telah pun mula merubah gaya hidup dan struktur ekonomi masyarakat. Teknologi 5G, Blokchain & Krypto, tenaga masa depan, pharmaseutikal, sehinggalah kepada pertanian dan perlombongan dilihat akan terus memacu ekonomi dunia untuk 20 – 30 tahun akan datang.
Baiklah. Mari kita lihat apa yang telah berlaku kepada 10 saham pertanian dan perlombongan yang telah tersenarai pendek pada minggu yang ke-28.
Sumber: Barchart
Nampaknya Freeport McMoran (FCX) tidak lagi dalam top 3 agihan modal tertinggi pada hari ini, tetapi jika kita membuat pilihan atas dasar pulangan dividen tertinggi, nisbah “price-to-earning-to-growth” (PEG) terendah dan “weighted alpha” tertinggi; berikut adalah hasilnya:
Pulangan Dividen Tertinggi – CF Industries (CF, NYSE)
Dengan pengumuman pembayaran dividen sebanyak $0.30 sesaham pada 10 Julai lalu, pada harga semasa sekitar $35.30, CF menawarkan pulangan dividen tertinggi sekitar 3.38%. Tarikh Ex-Dividend bagi saham ini ialah pada 14 Ogos, jadi sekiranya anda membeli pada hari ini (12/8) anda masih layak untuk menerima dividen tersebut. Pembayaran akan dibuat pada 31 Ogos. Berikut adalah senarai Top 10 Pegangan Institusi sehingga 30 Jun 2020:

Nisbah PEG Terendah – Corteva (CTVA, NYSE)
Dengan kebanyakan syarikat perlombongan dan pertanian yang kerugian lantaran kejatuhan harga minyak dan virus korona, hanya enam sahaja yang dapat dikira jangkaan peningkatan pendapatan (earnings growth). Pada harga semasa sekitar $26.80 sesaham, CTVA dengan nisbah 2 kali, masih murah berdasarkan jangkaan peningkatan pendapatan (earnings growth).
Ia juga mengumumkan pembayaran dividen sebanyak $0.13 pada 15 Julai lalu, sekaligus memberikan pulangan sekitar 1.94%. Dengan tarikh Ex-Dividend pada 13 Ogos, pembelian pada hari ini (12/8) melayakkan anda untuk menerima dividen tersebut pada tarikh pembayaran 15 September nanti. Berikut adalah senarai Top 10 Pegangan Institusi sehingga 30 Jun 2020:

Weighted Alpha Tertinggi – Newmont Mining (NEM, NYSE)
Newmont sebagai syarikat perlombongan, mendapat tempias dari kenaikan harga emas dan perak yang melambung lantaran nilai Dolar AS yang merudum selepas Federal Reserve AS mengumumkan QE dalam menghadapi pandemik korona. Daripada sekitar $35 pada pertengahan Mac lalu, NEM telah melonjak ke lebih $70 pada minggu lepas.
Apa yang menarik ialah syarikat ini juga mengumumkan pembayaran dividen sebanyak $0.25 sesaham pada 23 Julai lalu. Dengan kenaikan harga sahamnya, pulangan hanyalah sekitar 1.59% sahaja. Tarikh Ex-Dividend bagi saham ini ialah pada 9 September, jadi masih banyak masa untuk membuat keputusan sekiranya anda berminat untuk menerima pembayaran dividen pada 24 September nanti. Berikut adalah senarai Top 10 Pegangan Institusi sehingga 30 Jun 2020:

Dengan izin Tuhan, empat ke lima minggu lagi kita lihat pula prestasi saham-saham diatas sekiranya belian dibuat pada hari ini (12/8).
NOTA:
Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk menjadi “beta testers”, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com
Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.