Akhirnya sampailah kita kepada tema terakhir dalam lima tema popular di kalangan para pengurus dana – Blokchain, Krypto dan Sekuriti Siber. Sebelum ini saya telah kongsikan lima matawang krypto yang boleh dipertimbangkan dan 10 saham yang tersenarai pendek berdasarkan agihan modal. Mari kita lihat dimana kedudukan saham-saham tersebut hari ini:
Sumber: Barchart
Nampaknya Microsoft, AMD dan Nvidia masih menduduki Top 3 diikuti oleh Micron Technology dan Intel. Namun melihat kepada pulangan dividen tertinggi, nisbah “price-to-earning-to-growth” (PEG) terendah dan “weighted alpha” tertinggi memberikan kita keputusan yang berikut:
Pulangan Dividen Tertinggi – Cisco System (CSCO, Nasdaq)
Kalau anda pernah bekerja dalam industri IT, anda tentu kenal Cisco, antara pembekal peralatan rangkaian komputer yang terulung di dunia. Cisco adalah antara syarikat yang menggunakan kalendar fiskal kerajaan AS dimana tahunnya berakhir pada bulan September. Jadi pembayaran dividen suku ketiga, sebanyak $0.36 sesaham telah pun dibuat pada 22 Julai lalu. Itu memberikan pulangan sekitar 3.43% setahun, lebih baik dari pasaran sekitar 3.02%.
Berikut adalah senarai Top 10 Pegangan Institusi sehingga 30 Jun 2020:

Nisbah PEG Terendah – Intel Corp (INTC, Nasdaq)
Hanya tujuh syarikat dapat dikira jangkaan peningkatan pendapatannya (earnings growth), lantaran tiga lagi masih dalam kerugian. Untuk itu, Intel tersenarai sebagai yang termurah dengan nisbah 1.35 kali berbanding Cisco sebanyak 2.79 kali. Pada harga semasa sekitar $49.40 Intel juga menawarkan pulangan dividen tahunan sebanyak 2.67%
Berikut adalah senarai Top 10 Pegangan Institusi sehingga 30 Jun 2020:

Weighted Alpha Tertinggi – Nvidia (NVDA, Nasdaq)
Nvidia adalah antara syarikat yang mendapat manfaat dari pandemik virus korona apabila trend “work-from-home” dan peningkatan kegiatan online seperti permainan video dijangka terus meningkat. Saham syarikat semi-konduktor dan pembuat mikrochip itu merudum ke sekitar $200 pada Mac lalu, tetapi kini memacu lebih 150% dalam masa tidak sampai enam bulan. Namun dengan PEG lebih empat kali (4.14) dan PE (Price/Earnings) lebih 90 kali (92.2) tidak hairanlah ianya lebih banyak dicairkan oleh pelabur institusi yang mengambil untung belian.
Berikut adalah senarai Top 10 Pegangan Institusi sehingga 30 Jun 2020:

Dengan izin Tuhan, empat ke lima minggu lagi kita lihat pula sama ada saham-saham tersebut lebih baik dibeli atau dijual pada harga semasa. Saham-saham diatas tidak mengambil kira objektif dan horizon pelaburan serta toleransi risiko anda.
NOTA:
Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang cuba dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk menjadi “beta testers”, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com
Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.