Trade Sedikit Instrumen Atau Banyak Instrumen?

Salam Sejahtera. Saya harap anda dalam keadaan sihat sejahtera dan baik-baik sahaja. Kali ini saya nak kongsikan sedikit ilmu berkenaan pilihan instrumen dalam berdagang ataupun pelaburan. Ramai selalu tertanya-tanya, terutamanya yang masih mencari arah, sama ada meraka patut berdagang hanya satu instumen, pasangan matawang atau banyak. Kalau banyak berapa banyak yang sesuai atau optimal untuk sesuatu pelaburan?

Jawapannya ialah, ianya bergantung kepada kemampuan anda sebagai pelabur dan juga modal akaun anda. Hari ini, saya berpeluang menghadiri mesyuarat tahunan Daily Journal yang dianjurkan oleh Yahoo Finance di mana antara tokoh terkenal pelaburan, Charlie Munger, telah mempengerusikan mesyuarat tersebut dan menjawab soalan-soalan pelabur. Banyak soalan yang ditanyakan, dari pelaburan dalam Tesla, Bitcoin, “asset bubble”, SPAC, hinggalah kepada perkara asas seperti “value investing” dan “passive investing”.

Berbalik kepada soalan awal, beliau telah menjawab perkara tersebut pada minit 25:15 dalam mesyuarat yang dirakamkan. Secara asas, beliau berkata adalah lebih baik melabur dalam sedikit aset/instrumen dan kita mengetahui “inside out” tentang aset tersebut daripada melabur dalam banyak aset tanpa pengetahuan yang dalam tentang aset tersebut.

Jadi sekiranya anda pelabur saham, adalah lebih baik melabur dalam saham-saham yang mempunyai makna kepada anda dan anda mengetahui perihal sektor dan syarikat tersebut. Sekiranya anda pelabur matawang pula, lebih baik melabur dalam beberapa pasangan matawang sahaja dan anda mengetahui segala aspek fundamental berserta teknikal pasangan matawang tersebut.

Ini mengingatkan saya kepada kata-kata sahabat saya Khairul Nizam aka Tok Yunn bahawa sekiranya kita tidak mengetahui aspek fundamental pelaburan yang kita buat, samalah sahaja seperti kita main tikam-tikam. Dan kita pun tahu itu apa maknanya bukan? Apapun, disini saya sertakan video rakaman mesyuarat tersebut (dalam English) untuk tontonan anda. Ianya selama dua jam, tetapi anda bolehlah “skip” dan “fast forward” ke bahagian yang anda minati:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate ยป