Tambatan Stablecoin sedang diuji.
Mungkinkah tambatan Ruble dengan Gold juga sedang diserang?
Idea tentang Cryptocurrency timbul untuk mengurangkan kebergantungan dunia terhadap dollar.
Cryptocurrency pula terlalu volatile untuk digunakan dalam perniagaan.
Stablecoin pula diperkenalkan untuk beri kestabilan kepada Cryptocurrency.
Fungsi utama adalah sebagai payment transfer menggunakan teknologi Blockchain terkini, yang jauh lebih pantas, murah dan stabil berbanding menggunakan perkhidmatan perbankan atau Cryptocurrency seperti Bitcoin.
Nilai Stablecoin yang terkenal seperti USDT atau Thether dan USDC atau USD Coin, ditambat dengan nilai dollar pada kadar satu nisbah satu.
Jika menyimpan USDC atau USDT, pelabur boleh menjana keuntungan lebih kurang 12% setahun.
Untuk mendapatkan USDC atau USDT, pelabur perlu meletakkan collateral wang tunai yang sama nilainya.
Jadi adalah munasabah tambatan USDC dan USDT kekal pada 1:1.
Dan dengan pulangan 12% setahun, ia seolah-olah pelabur melabur dalam fixed income atau bond dan dapat pulangan yang tinggi.
TETAPI,
dakwaan mereka mengenai nisbah stablecoin-ke-fiat 1:1 adalah diragui.
Penerbit Tether pernah didenda bila laporan pengesahan Tether menunjukkan bahawa hanya 10% daripada rizabnya dalam bentuk tunai dan deposit bank pada masa itu — jauh berbeza daripada nisbah 1:1.
Penerbit USDC, Circle pula mendedahkan pada Julai 2021 bahawa hanya 61% daripada rizab USDC adalah dalam bentuk tunai dan setara tunai; selebihnya terdiri daripada sijil deposit, Perbendaharaan AS, kertas komersial, bon korporat dan bon perbandaran.
Jika semua orang menukar dari Coin ke tunai serentak, sudah tentu Penerbit Stablecoin ini akan hadapi masalah untuk melakukannya
UST atau Terra Luna pula, tiada collateral. Ia menggunakan algorithm untuk mengekalkan tambatan 1:1 dengan US Dollar.
Algo ini telah gagal.
Bila ekonomi dan pasaran stabil, tambatan ini biasanya bertahan.
Bila keadaan ekonomi dan pasaran melampau, tambatan ini mula menunjukkan kegagalannya.
Sudah ada banyak contoh dalam sejarah.
Tambatan Rubble dengan Gold juga mungkin tidak dapat bertahan.
Bersambung.