Sering kita dengar oang bercerita pasal “financial freedom” (FF) atau dalam bahasa kita “bebas kewangan”. Apa sebenarnya FF dan adakah ianya bermaksud kita mesti punyai banyak wang untuk mencapai FF? Berapa baki dalam bank akaun kita, baru dianggap telah mencapai FF? Satu juta, lima juta atau lima ribu pon sudah cukup untuk mencapai status bebas kewangan? Inilah perkara yang selalu orang salah faham. Kita beranggapan bahawa kita perlukan wang yang sangat besar sebelum kita boleh dikatakan telah mencapai “financial freedom”.
Sebenarnya FF ini bermula dari minda, bukan dari bank akaun. Sekiranya kita berpendapatan kecil, tetapi tidak lagi risau dengan keperluangan kewangan; kita telah pun mencapai kebebasan kewangan. Jadi persoalannya, bagaimana untuk tidak lagi risau dengan keperluan kewangan, walaupun berpendapatan kecil? Sedangkan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, hari demi hari, ianya bukan mudah untuk merasa tenang dengan keadaan kewangan yang mungkin hanya bersumberkan pendapatan tetap.
Untuk mencapai kebebasan kewangan, kita perlu merancang dan terlebih penting mengambil tindakan untuk mencapainya. Ianya bukanlah satu proses semalaman tetapi berperingkat-peringkat. Ada empat fasa utama yang perlu dirancang dan diambil tindakan untuk mencapai kebebasan kewangan:
- Kewangan yang stabil
- Hutang atas keperluan
- Kewangan yang terjamin
- Kebebasan kewangan
Sebagai orang Islam, kita juga diajarkan konsep tawakkal, yakni berserah diri kepada ALLAH dalam segala urusan setelah kita berusaha. Pernahkah kita lihat orang berusaha bersungguh-sungguh namun tidak membuahkan hasil? Atau orang lain yg berusaha bersungguh-sungguh, tetapi orang lain pula yang mendapat ganjaran.? Tentu sahaja kita tidak mahu menjadi begitu bukan?
Insya ALLAH dalam artikel yang akan datang saya akan kongsikan bagaimana kita boleh bermula dengan membuat peralihan minda untuk membolehkan kita mencapai “financial freedom”. Anda juga boleh ikuti TikTok saya di sini.

