Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-empat, 2020 yang lepas.
Jumaat, 24 Januari 2020:
| BUY | JPY | CHF | USD | EUR | CAD | GBP | AUD | NZD | SELL |
Khamis, 23 Januari 2020:
| BUY | GBP | NZD | JPY | CHF | AUD | USD | EUR | CAD | SELL |
Rabu, 22 Januari 2020:
| BUY | GBP | AUD | JPY | USD | CHF | EUR | NZD | CAD | SELL |
Selasa, 21 Januari 2020:
| BUY | GBP | JPY | EUR | CHF | USD | NZD | CAD | AUD | SELL |
Isnin, 20 Januari 2020:
| BUY | CAD | USD | JPY | EUR | CHF | AUD | GBP | NZD | SELL |
Ulasan Mingguan
Sikap pasaran yang berhati-hati pada awal minggu lepas bertukar panik apabila isu baru timbul selepas perang AS-Iran reda. China pula diberitakan sedang diserang dengan wabak yang disebabkan oleh virus corona, yang masih belum mendapat penyelesaian perubatan. USD dan CHF yang awalnya banyak dijual, kembali mendapat permintaan tinggi bersama JPY yang semestinya mendapat permintaan dari aliran ‘safe-haven’ dan musim percukaian Jepun April ini.
Kesan panik dari virus corona menyebabkan matawang komoditi lebih banyak dijual terutamanya AUD, yang merupakan rakan dagang terbesar China. AUD dijual hebat walaupun sebelum itu mendapat lonjakan permintaan kesan dari laporan sektor pekerjaan yang memberansangkan. NZD juga mengalami nasib yang sama, disamping CAD yang terkejut dengan kejatuhan harga minyak dan juga jangkaan ekonomi yang lemah dari Bank Pusat Kanada, walaupun kadar faedah dikekalkan.
Dalam pada itu, Eropah lebih banyak membeli GBP daripada EUR, apabila indeks pendapatan pekerja UK dan angka bantuan pengangguran dilaporkan lebih baik dari jangkaan. EUR tidak mendapat sokongan belian pasca mesyuarat kadar faedah ECB yang menyaksikan Pengerusi baru ECB Puan Lagarde mahu menafsir semula inflasi Eropah. GBP juga terus tertekan dengan tarikh akhir Brexit pada hujung bulan ini.
Minyak mentah terus merudum walaupun disokong oleh sentimen belian sepanjang minggu dengan OPEC yang dikatakan cuba mengawal pengeluaran dan menghadkan kejatuhan harga. Emas pula masih dalam sentimen belian dengan spekulator menambah belian sekitar $136 juta; sekaligus menambah net volume belian kepada $49.502 bilion. Lebih 15 kali ganda dari net volume belian USD sebanyak $3.111 bilion sahaja, namun kurang dari 20 kali ganda pada minggu ketiga.
Ulasan Matawang Utama
EUR/USD: Euro tertekan sepanjang minggu lepas dan mesyuarat kadar faedah ECB tidak banyak membantu mengapungkan matawang blok Eropah itu. Malah kenyataan Pengerusi ECB, Puan Lagarde mahu menafsir semula makna inflasi disambut suram oleh pelabur.
Laporan komitmen trader sehingga 21 Januari, menunjukkan net volume jualan EUR terus berkurang daripada 48,182 kepada 47,019 kontrak dengan nilai $6.513 bilion. Sehingga Isnin semalam, UBS telah memasuki semula pasaran sekitar 1.10 dengan “stoploss” sekitar 1.0970 setelah belian sebelumnya gagal.
GBP/USD: Pound yang mendapat lonjakan kesan dari laporan sektor pekerjaan UK yang memberansangkan, gagal mengekalkan momentum belian apabila pelabur masih risau dengan risiko Brexit yang bakal ditentukan pada hujung minggu ini.
Laporan komitmen trader sehingga 21 Januari menunjukkan net volume belian GBP terus berkurang daripada 31,532 kepada 24,922 kontrak dengan nilai $2.033 bilion. Sehingga Jumaat lepas, jualan UBS telah pun mencapai sasaran, sementara “buy limit” Citibank masih aktif
AUD/USD: Seperti minggu ketiga, Aussie tertekan sepanjang minggu kecuali pada hari Rabu, selepas isu virus corona menyelubungi wilayah Wuhan, China yang merupakan rakan dagang terbesar Australia. Kegagalan China mengawal merebaknya wabak tersebut menyebabkan pelabur terus risau dan menjual matawang komoditi itu.
Laporan komitmen trader sehingga 21 Januari menunjukkan net volume jualan AUD terus berkurang daripada 20,549 kepada 19,301 kontrak dengan nilai $1.321 bilion. Sehingga Jumaat lepas, “buy limit” Citibank telah pun aktif, namun gagal.
USD/JPY: Dolar/Yen yang awalnya mendapat sokongan belian, kembali tertekan selepas isu virus corona menyelubungi wilayah Wuhan, China. Kegagalan China mengawal merebaknya wabak tersebut menyebabkan pelabur terus risau dan lari mencari aset “safe-haven”.
Laporan komitmen trader sehingga 21 Januari menunjukkan net volume jualan JPY terus bertambah daripada 31,430 kepada 44,701 dengan nilai $5.086 bilion. Sehingga Jumaat lepas, jualan Citibank masih aktif dan “stoploss” telah diturunkan kepada “breakeven’; sementara UBS telah masuk membeli sekitar 109.00 dengan “stoploss” sekitar 108.70
USD/CHF: Dollar/Swiss masih tertekan pada minggu lepas apabila pasaran dikejutkan dengan wabak virus corona di China selesai sahaja isu perang AS-Iran. Pasaran masih terumbang-ambing, namun USD dijangka kembali mendapat permintaan dari pelabur Swiss yang tertekan dengan kadar faedah negatif oleh SNB.
Laporan komitmen trader sehingga 21 Januari menunjukkan net volume jualan CHF berubah kepada net volume belian daripada 192 kepada 1,536 kontrak dengan nilai $198 juta. Dengan sentimen semasa pasaran, CHF dijangka terus mendapat permintaan dari pelabur jangka panjang.
USD/CAD: Dolar/CAD mendapat lonjakan apabila Bank Pusat Kanada mengekalkan kadar faedah, namun tidak menafikan penurunan kadar faedah sekiranya perlu. Dengan laporan ekonomi yang masih mengecewakan, pelabur melihat CAD terus dijual dalam masa terdekat.
Laporan komitmen trader sehingga 21 Januari menunjukkan net volume belian CAD terus bertambah daripada 32,852 kepada 38,294 kontrak dengan nilai $2.930 bilion. Sehingga Jumaat lepas, belian Citibank masih aktif dengan “stoploss” dinaikkan kepada “+80” dan belian UBS telah pun mencapai sasaran.
NOTA:
Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini