Pelabur Cari Aset Di Bawah Nilai Pasca FOMC

Keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat hari ini memang telah dijangkakan. Kadar faedah akan dikekalkan dan Feds AS tidak melihat sebarang kenaikan kadar sehingga 2022. Awalnya ramai yang teruja dan membida Dolar, namun dengan jangkaan bahawa ekonomi AS akan menguncup dan kesukaran untuk kadar pengangguran kembali turun; Dolar terus dijual dan pelabur terus mencari aset di bawah nilai.

Berikut saya kongsikan 10 saham yang paling banyak bertukar tangan di kalangan para pengurus dana pasca FOMC:

Dengan pilihanraya presiden AS yang semakin hampir, parti pemerintah cuba mempertahankan prestasi pasaran saham dan kebanyakan indeks utama AS, telah kembali ke paras sebelum pandemik corona. Imbangan duga Feds AS juga telah berkembang lebih $2 trillion dalam masa hanya 3 bulan sahaja!

Ramai yang skeptikal dengan kenaikan terbaru pasaran saham AS dan lebih suka mengambil sikap berhati-hati dan membeli saham-saham “pennystocks” untuk mengelakkan sebarang kerugian besar sekiranya gelombang kedua virus korona menjelma. Apapun, melaburlah dengan dana yang anda mampu rugi dan tidak akan merubah sebarang “lifestyle” anda.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »