
Gambar 1 : Jadual Economic Calendar 4 February
Gambar 2 : Pergerakan Tick Chart pasaran bermula jam 8.00PM – 2.00AM
Walaupun ketiadaan News Penting pada 4 February seperti ditunjukkan di gambar 1,pasaran GBPUSD dipengaruhi oleh kehadiran seller di pasaran. Hanya Economic Data Jam 7 PM iaitu BRC Retail yang ditanda sebagai Low Impact News sahaja. Pergerakan pasaran GBPUSD mula dipengaruhi oleh kehadiran seller yang banyak di kawasan harga 1.3150.
Gambar 2 di atas menunjukkan pergerakan pasaran GBPUSD pada jam 7PM. Terdapat dua kawasan seller yang banyak iaitu di aras 1.13150/1.13155 dan aras 1.3188. Terdapat dua bahagian pergerakan yang akan dianalisa.
Analisa Bahagian 1 : 10.00PM-11.15PM
- Point (1) : Pergerakan pasaran dalam keadaan High Liquidity dan menghasilkan pergerakan sideway yang menurun.
- Point (2) : Terdapat kehadiran buyer sekitar 80-100 Lot dan memberikan kesan kepada kepada kuantiti orderbook.
- Point (3) : Pasaran mula menembusi sideway di aras 1.3077 dan menyebabkan kenaikan sehingga 1.3130.
- Point (4) : Kenaikan mula terhenti di aras 1.3130 selepas seller dengan lot yang besar sekitar 600 dan 800 Lot menahan harga 1.3150. Ini memberikan kesan kepada pergerakan pasaran dan mula perlahan.
- Point (5) : Selepas kehadiran seller dikesan di aras 1.3150, tiada aktivit pasaran yang aktif untuk memecahkan volume seller ini. Ini dibuktikan apabila volume transaksi yang terhasil adalah rendah. Ini boleh membawa kepada reversal market.
Analisa Bahagian 2 : 11.30PM -1.10AM
Pergerakan pada jam 11.30PM hingga 1.10AM menunjukkan penurunan yang ketara selepas kenaikan yang berlaku seperti ditunjukkan di Bahagian 1. Terdapat beberapa pemerhatian yang dapat diperhatikan iaitu:
- Penurunan berterusan sehingga 1.3066 disebabkan oleh kehadiran 800 Lot yang tidak dapat dipecahkan.
- Seller terus menahan dengan konsisten tanpa kehadiran buyer menyebabkan penurunan terus berlaku.
Kesimpulan Analisa
- Pergerakan pasaran adalah disebabkan oleh kehadiran order seller. Economic News tidak memberikan kesan besar kepada pasaran.
- 800 Lot seller yang hadir mungkin telah keluar dari pasaran selepas selesai menunjukkan kehadiran mereka.
- Peluang untuk memasuki pasaran hanya hadir pada jam 11.30 PM selepas kehadiran 800 Lot gagal ditembusi di mana volume transaksi tidak meningkat.



