GBPUSD: Seller 928 Lot Bertahan di Level 1.3000 – Sesi Penutup 13 Feb 2019

Gambar 1: Teknikal Level di GBPUSD TimeFrame 30min

Gambar 2: Heatmap Orderflow yang direkodkan

Gambar 1 menunjukkan teknikal level GBPUSD pada Timeframe 30min. Terdapat level resistance atau zone seller di aras 1.3000/1.2800. Aras harga zone seller ini adalah aras harga yang perlu diperhatikan dari sudut aktiviti pasaran.

Gambar 2 pula menunjukkan pergerakan orderflow heatmap menggunakan software Bookmap oleh Veloxpro ltd. Analisa di gambar 2 akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Analisa1 jam 4PM hingga 8.30PM dan Analisa 2 jam 8.30PM hingga 12.30AM

Analisa 1 (4.00PM – 8.30PM)

  • Point(1) : Kehadiran buyer mula menahan pasaran di aras 1.2900 sekitar 50-80 Lot dari jam 4.00 PM hingga 7.00 PM
  • Point (2) : Pasaran melakukan accumulation dan menghasilkan teknikal trendline. Jam 5.30 PM ,GBPUSD mula memecahkan aras resistance selepas News CPI dikeluarkan menyebabkan harga mula naik dengan drastik sebanyak 90 Pips
  • Point (3) : Kenaikan di Point (2) mula terhenti apabila kehadiran seller sebanyak 952 Lot dan mula diuji. Kehadiran seller ini menyebabkan buyer mula keluar dari pasaran.
  • Point (4) : Volume transaksi mula hilang atau berkurang selepas kehadiran seller 952 Lot. Ini adalah petanda jelas bahawa potensi reversal market boleh berlaku

Analisa 2 (8.30PM – 12.30AM)

  • Point (1): Kehadiran Seller mula aggresive selepas kehadiran seller besar 952 Lot dia aras 1.3000.
  • Point (2) : Fake buyer mula masuk ke pasaran bagi mengelirukan buyer.

 

Kesimpulan Analisa

Seller masih terus bertahan di aras 1.3000 dalam tempoh hampir 10 hari. Ini menunjukkan bahawa penguasaan seller di pasaran GBPUSD tidak boleh dipandang ringan. Walaubagaimanapun, kehadiran seller untuk memecahkan aras 1.2850 juga masih lagi belum berjaya. Peluang trader untuk membuat keuntungan adalah pada jam 7.00PM selepas kehadiran seller 952 Lot yang besar menahan 1.3000.

 

Daftar Kelas DOM Percuma di https://dom.realtradercommunity.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »