WTI Crude: Majoriti Seller Memasuki Pasaran Dengan Aggressive- Sesi Penutup 25 Feb 2019

Gambar 1: Teknikal Resistance Aras 58$ yang membawa responsive seller

Gambar 1 menunjukkan WTI Crude menguji resistance 58$ dan telah menyebabkan pasaran turun sehingga harga 55$. Resistance aras 58$ telah berjaya membawa seller memasuki pasaran setelah hampir 2 hari di advertise di aras ini. Harga 58$ juga merupakan harga Institution yang membawa lebih banyak volume ke pasaran. Gambar 2 di bawah menunjukkan bagaimana reaksi pasaran dari sudut pandang chart orderflow menggunakan Software Bookmap.

Gambar 2: Orderflow Chart di WTI Crude

Berdasarkan Gambar 2, dapat diperhatikan beberapa pemerhatian iaitu :

  • Point (1): Kehadiran Seller yang aggressive bermula sekitar jam 6PM waktu malaysia. Pasaran mula breakout pada jam 7.50PM. Pasaran turun dengan aggressive sehingga aras 56$.
  • Point (2) : Penurunan mula terhenti selepas kehadiran buyer 200-285 Lot. Ini menyebabkan harga mula naik sehingga 56.40$.
  • Point (3) : Seller mula aggressive memasuki pasaran di aras 56.50 sekitar 400-480 Lot. Ini menyebabkan harga mula turun sehingga harga 55$
  • Point(4) : Terdapat buyer sekitar 280-300 Lot di aras 55$ dan turun berlaku penyerapan order di mana buyer mula mengambil posisi di aras 55$. Ini juga petanda bahawa kejatuhan mungkin akan terhenti selagi aras 55$ bertahan.

Kesimpulan Analisa

Pasaran crude bermula dengan kejatuhan yang aggressive selepas Trump mengatakan “Oil prices getting too high. OPEC, please relax and take it easy. World cannot take a price hike – fragile!” melalui Twitter beliau yang telah dilaporkan di https://realtradernews-staging.realtradernews.com/2019/02/26/crude-hits-stops-after-trump-tells-opec-to-take-it-easy/

Potensi buyer menyerap kemasukan seller adalah di aras 55$. Jika aras ini bertahan, ia mempunyai potensi untuk memulihkan kejatuhan ini.

 

Berminat untuk belajar Depth Of Market?? Jom sertai Kelas Intensive Percuma. Daftar segera di http://dom.realtradercommunity.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »